Dunia

“Kisah Disebalik Tirai Besi”. Ayah tukang sebat, aruwah tok wan tukang gntung, mak pun kerja di penjara

Bermula dari menjawab pertanyaan individu lain tentang bagaimana banduan mengambil peperiksaan SPM, gadis ini berkongsi kisah kehidupan banduan di sebalik tirai besi.

Selain itu, turut dikongsikan pengalaman mak dan ayahnya yang pernah bertugas menjaga dan berhadapan dengan banduan yang melakukan jnayah berat suatu masa dahulu.

Ikuti perkongsiannya dibawah.

Mak ayah saya kerja penjara dah lebih 20 tahun, and they always cerita pasal experience diorg and how banduan hidup dalam tu, and my mom pernah jaga mona fendi masa mengandungkan saya, and my dad is tukang rotan, i’m sorry haha i’m just a proud daughter.

Pasal SPM ni saya pernah tanya mak saya, bukan 17 tahun sahaja yang boleh ambik SPM, siapa saja nak ambik SPM yang dah 20an, 30an atau nak ulang SPM pun boleh, semua penjara settle kan.

Cikgu sekolah yang khas akan datang ajar dekat dalam penjara, cikgu tu akan uruskan bawah lembaga peperiksaan and guess what? Diorang dilayan sangat sangat special, contoh ada 3-4 orang ambik SPM tahun ni.

So 3-4 orang tu macam dapat private class sebab cikgu boleh bagi perhatian dekat diorang sepenuhnya.

Buku semua siap lengkap, saya masih ingat ayah saya cakap buku SPM saya sama dengan buku banduan, and diorang dapat free. And penjara siap buat solat hajat untuk diorang nak exam. And suprisingly kalau diorang nak further study pun boleh.

Tidak semua barang dibenarkan masuk

Mak saya pernah cerita barang barang walaupun nampak simple dekat kita tak boleh bwak masuk dalam bilik cell banduan tu, contoh tulang ayam, pensel, biji kurma dan macam macam lagi sebab semua tu boleh dibuat snjata, “orang jahat ada je cara dan akal diorang kan?”

Even berus gigi diorang masuk dalam jari, bukan ada pemegang macam biasa kita pakai, sebab mak cakap diorang boleh asah buat snjata. So mana yang belajar diorang diberi kebenaran bwak masuk buku sahaja dalam cell penjara but diorang akan dikawal, buat alat tulis tak boleh dibwak masuk.

Alat tulis dipulangkan

Sebelum masuk cell diorang, diorang akan pulangkan pensel alat tulis dekat warden, hanya buku untuk bljr je bolhe, kalau jd kes apa apa diorang yang kena. Contoh ada surat cinta ke sebab diorang je boleh bwak masuk kertas/buku.

And waktu belajar diorang sama macam sekolah biasa, cikgu datang dekat penjara diorang kena pergi kelas, mak saya cakap pernah banduan tu tak nak pergi kelas, diorang paksa pergi kelas, semua free disediakan diorang just pergi belajar je.

Ayah tukang sebat, aruwah tok wan tukang gntung, mak pun kerja penjara

Dah terlanjur cerita pasal penjara ni kan, siapa yang dengan saya diorang memang dah basi dengar saya cerita pasal penjara ni haha, ni sebab mak dengan ayah selalu cerita for teladan and dibuat pengajaran hidup.

Ayah tukang sebat, aruwah tok wan tukang gntung, mak pun kerja penjara haha tiba tiba saya medical.

Ingt lagi masa kecik ayah selalu bwak balik rotan rendam dalam air dekat bilik air belakang. Macam macam saiz ada yang halus ada yang tebal ibu jari. Ayah cakap ikut kes ketebalan tu.

And ayah selalu cerita je macam mana orang terberak terkencing meleleh air liur masa tu dengar laungan allahuakbar dari mulut banduan masa proses sebat tu, and jgn risau doktor ada dekat situasi tu dengan ustaz, pegawai semua.

Pernah sebat Rembo Bentong

Pernah kes “Rembo Bentong” masa tu saya form 4 masa tu femes kes orang minyak, kes banyak wanita kena rgol dekat Bentong and diorang tak sedar masa kena tu, and banyak perempuan kena.

And untuk pendekkan cerita pergol tu jumpa dekat hutan dia ada ilmu hitam, untuk buang ilmu hitam tu dia kena rgol lah kononnya and untuk tangkap dia pun ustaz semua ada masa tu.

And masa dia kena sebat tu ayah cakap dah beberapa sebatan dia macam relax je, lepas tu ustaz baca baca tengok tengok dia ada tangkal ghaib yang buat dia tak rasa sakit. Lepas ustaz buang tu, terus meraung raung dia.

Ayah cakap masa proses sebat tu doktor ada, doktor yang tengok contoh banduan tu dia kena 24 sebatan kalau situasi kesihatan dia haritu baru kena 10 sebatan dah lembik kita ikut persetujuan doktor boleh teruskan atau tangguh dulu.

For kes ‘Rambo Bentong’ oh selama ni ingat rembo haha, and yes dia bukan mergol je dia bnuh ramai juga selepas dia rgol, u guys boleh google untuk tahu lebih lanjut ok?

Bagi yang curious macam mana proses rotan tu korang boleh youtube macam macam ada, kalau takut tengok drah drah cari yang patung ada je, saya pernah tengok ayah rotan patung smpi terkeluar span patung tu guys, masatu booth penjara dekat Jomheboh, guys sumpah kuat.

Mak pernah ditegur M

Mona fendi, Saya guna ‘M’ jelah sebab seramlah nk cerita pasal dia ni.

Masa mak saya baru kahwin dia kerja dekat penjara kajang, masa tu dia ditugaskan shift malam jaga banduan akhir (gntung).

Mak cakap mak ronda macam biasa malam tu, and tiba tiba sampai dekat cell bilik M, M duduk depan pintu besi tu tegur mak saya,

“Awak mengandung eh?”

Mak saya jenis berani juga but dalam berani berani dia tu dia jwb

“Mana ada saya kahwin pun tak lagi”.

Mak menipu juga time tu yelah siapa je tak seram kena tegur macam tu, dia balas,

“Eh saya tahuuuuuuu” “Anak perempuan”

And benda yang paling menakutkan mak time tu, guys yes mak baru kahwin masa tu and dia pun tak tahu dia mengandungkan saya. And yes yes saya anak perempuan itu. Kau rasa kau tak seram ke M tu pernah predict kau masa dalam perut, and aku pernah mengusik kata “ntah ntah dia…” 😭

Lepas kes tu mak dapat tahu dia betul betul mengandung and minta tak nak jaga banduan akhir lagi, tapi banyak kes jadi masa M ada dekat sana mak cakap.

Banduan banduan yang mengndung bby mti dalam kndugn tanpa sebab, and M ni dia akan bising marah orang tengok dia mandi telanjang mungkin one of dia punya pantang larang tapi siapa je suka orang tengok kita telanjang kan? haha, pnjra lama mandi guna kolah besar tu guys and dia solat tapi belakangkan kiblat.

Itu sahaja yang saya tahu pasal M, benar atau tak hanya Allah yang tahu.

Banduan mengandung, dan ada anak

Bagi yang curious pasal banduan mengandung yes, penjara akan bwak pergi hospital untuk bersalin or banduan lain yang sakit juga, tapi kalau sakit biasa biasa demam macam tu dalam penjara ada klinik khas dia.

Kalau banduan ada anak yes anak tu dia boleh jaga sampai umur 3 tahun tak silap saya, cukup 3 tahun kebajikan ambik and kebajikan uruskan sama ada nak hantar balik ke keluarga atau tak *correct me if i’m wrong.

And yes, mak cakap dekat dalam penjara, budak budak tu yang tak berdosa yang tak tahu apa. Kesiankan?

Ada sorang budak laki tu dulu mak balik kerja selalu cerita pasal dia, selama ni dia ingat penjara tu lah besar dunia dia.

Masa dia demam teruk bwak pergi hospital naik van penjara dia jadi takut tengok dunia luar dia pegang kuat baju mak dia dan paling kelakar dia takut tengok lelaki sebab tak pernah tengok. Selama ni kan dia duduk dengan banduan wanita je padahal dia sendiri lelaki hahahaha.

Aktiviti lain banduan

Macam saya ni still duduk dalam kawasan kuarters penjara lagi. Pagi pagi weekend mesti nampak banduan pakai baju kuning yang kurang 6 bulan nk bebas (tak silap saya) tengah mesin rumput, kutip sampah.

Setiap pagi ada prkhidmtan basuh kereta atau motor murah je dekat penjara dan mana yang first time tengok mesti takut kalau banduan pakai baju kuning tu. Takut kena attack ke, ni kes banyak tengok movie ni 😂

Tak, jangan risau diorang under pengawasan warden, diorang buat hal tambah tahun lagi.

And dalam penjara ada bakeri, kantin untuk staff, mak cakap lagi bersih dari luar sebab peti ais pun asing sayur dengan daging dan ada tempat menjahit.

Baju raya saya banduan yang jahitkan. Puas hati dan murah, sebab diorang dilatih dan ada cikgu ajar, ada tempat buat kraftangan, dobi macam macam lagi lagilah.

Pernah pelakon shoot dekat dalam penjara ni. Mak cakap diorang ingat dalam penjara ada shopping mall sebab diorang beli roti kek macam macam haha.

Banduan kerja dibayar gaji

Banduan yang bekerja tu ada gaji tau, tapi gaji diorang dalam sen sen jelah sehari, tapi kalau orang tu kena 20 tahun tak ke banyak juga. Jadi lah diorang nak guna untuk start hidup baru bila keluar nanti dan ada basic kemahiran belajar dekat penjara.

Oh ni bidang tugas mak saya, kira gaji banduan, ni kira bahagian kebajikan banduanlah gaji ni. Tak semua orang boleh bekerja juga, banduan tu behave tak buat perangai, warden boleh suggest kerja dekat bhgn mana mana, so dia dapat bljr, banduan ada satu buku gaji khas diorang.

So memang akan dicatat, mak cakap pernah banduan tu nak dekat 2-3k gaji dia sebab lama dia kena penjara and nanti duit tu dia dapat bila nak bebas,. Tak silap saya cash tak pasti nanti saya tnya mak balik, yang duit upah jahit, cuci kereta semua dapat ke kerajaan.

So kita yang sesama manusia ni kita jangan pandang rendah dekat diorang. Bagi peluang dekat diorang berubah, tak semuanya banduan tu jahat and tak semua yang jahat tu selama lamanya jahat.

Last but not least, here mak dan ayah saya, lagi 10 tahun mak ayah nak pencen, just doakan kesihatan diorang sihat selalu and kami sekeluarga dapat menunaikan haji bersama, amin.

Oh ya tinggi saya 176 cm haha. Sebab selalu sangat ditnya and yes betul betul anak ayah sebab ikut dia haha.

Guys ayah cakap kalau korang curious sangat nk tahu kehidupan penjara pergi lah muzium penjara, yang saya tahu ada dekat Melaka, melawat Melaka tu pergilah,. Nah another suggestion place untuk dating dalam masa yang sama boleh bwak bwak insaf hahaha.

Oh pasal rotan ayah rendam tu, yang belum guna lagi tau guys yang bersih supaya dia padat mampat ayah cakap haha. Kalau yang dah guna diorang buang sebab yelah kalau reused mana tahu orang tu ada H1V ke tak ke naya banduan lain😂

Sumber: Margueritenna

Perkongsian dari gadis ini serba sedikit memberi gambaran kepada kita tentang kehidupan banduan banduan di dalam penjara.

Semoga kita dijauhkan dari melakukan jnayah. Yang baik itu dijadikan tauladan, yang buruk itu dijadikan sempadan.

Apa pula kata anda. Kongsikan, moga bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *