Dunia

Lelaki Pakai Baju Spiderman Bawa Isteri Berkerusi Roda Keliling Komtar. Punca Sebenar Buat Ramai Simpati

Demi mengharungi hidup, setiap orang pasti sanggup lakukan apa jua pekerjaan apatah lagi untuk mencari rezeki menyara orang tersayang.

Sebagai ketua keluarga, kita sendiri perlu keluarkan segala kekuatan dan ‘superhero’ yang ada dalam diri tanpa mengenal erti penat dan mengalah, tabah berjuang.

Mungkin itu teladan yang dapat diambil dari kisah seorang lelaki ini apabila aksi memakai kostum ‘Spiderman’ menolak kerusi roda wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) di sekitar Georgetown, menarik perhatian orang ramai terutama kanak-kanak.

Ada minta mahu bergambar dan tidak kurang menghulurkan sumbangan ikhlas kepada penghibur jalanan itu.

Spiderman terbabit, Ahmad Shakirin Mohd Zain, 50, yang juga pelukis jalanan, berkata dia sudah lebih setahun menjadikan kerjaya itu sebagai pekerjaan sambilan meraih pendapatan dan mencari dana bagi merawat isteri, Nur Aznita Mohd Ismail, 37.

Sebelum ini, Ahmad Shakirin bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur manakala isterinya adalah tukang masak di restoran terkenal di ibu kota.

” Isteri saya pernah terjatuh di bilik air menyebabkan dia mengaIami s3rangan angin ahmar dan kerana menghid4p kncing mnis, kaki kanannya terpksa dipot0ng daripada lutut ke bawah.

” Selepas itu, kami berpindah ke Pulau Pinang dan mencuba nasib mencari rezeki di sini dengan cara ini,” katanya yang menjadikan bilik tumpangan dengan kadar sewa RM55 sehari di tengah bandar raya sebagai tempat berteduh.

Ahmad Shakirin berkata, sebelum ini pendapatannya bergantung kepada hasil upah melukis dan menjual lukisan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung sekitar ibu kota.

Katanya, melihatkan ramai kenalannya mampu meraih wang dengan berpakaian adiwira, dia membeli sut pakaian itu menerusi dalam talian dengan harga RM180.

” Sebenarnya kami suka kanak-kanak namun belum mempunyai rezeki cahaya mata dan dengan cara ini dapatlah kami menghiburkan kanak-kanak itu.

” Selain sebagai terapi diri, kami berasa gembira apabila dapat berdamping dengan kanak-kanak dan berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan saya serta isteri,” katanya.

Ahmad Shakirin berkata, bukanlah maksudnya untuk meminta-minta, tetapi mereka pernah menerima sumbangan sebanyak 20 sen selepas diminta beraksi Spiderman dan bergambar dan dia tetap menerima sumbangan itu kerana paling penting ialah keikhlasan si pemberi.

Katanya, mujurlah pemilik bilik tumpangan disewa mereka memahami keadaan suami isteri berkenaan.

” Selepas isteri sembuh nanti, dia bercadang mahu menjana pendapatan dengan menjual makanan berikutan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis masakan,” katanya..

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *