Hiburan

“Melangkah Setapak Lagi, Bermula Dari Bekerja Di Rumah,” – Aeril Zafrel & Wawa Zainal Miliki Wisma Sendiri

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel awal semalam ada bercerita mengenai perniagaan kosmetik yang diusahakan bersama isteri, Wawa Zainal pada peringkat awal yang nyata memberi motivasi kerana akhirnya, impian memiliki wisma sendiri sudahpun direalisasi.

Kongsinya menerusi Instagram, pada peringkat awal perniagaan dijalankan, ia hanya bermula di rumah dan tugasnya ketika itu adalah menghantar barang pesanan pembeli ke Pos Laju.

“Alhamdulillah melangkah setapak lagi . Impian untuk duduk di wisma tercapai..bermula dari bekerja di rumah. Wawa la ambil order whatsapp, wawa la yg tulis order, & saya pulak tukang hantar barang ke poslaju.

“Tak sangka hari ini da ada hampir 20 staff & hampir 1,000 resellers @wawacosmeticshq.

“Ya Rabb terlalu byk nikmat yg kau beri.. pinjam kan la nikmat ini selamanya rabb. Kuat kan kudrat kami utk berusaha lebih lagi demi anak2 di bawah @wawacosmeticshq.

“Kepada @w4w4_zainal .. terima kasih kerana setia bersama saya dari zaman susah dlu.. sehingga skg doakan kami ya. #BibarakathiYaSayyidi,” tulisnya.

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat termasuk golongan selebriti mengucapkan tahniah atas sukses dan turut medoakan agar bisnes pasangan selebriti ini kekal maju jaya.

Terkini, Aeril ada memuat naik foto meja makan yang menjadi ruang buat keduanya mengembangkan idea bisnes selain melakukan proses penghantaran.

“Kalau orang tanya dimana saya bermula. Di meja ni la segalanya kami bermula. Inilah meja untuk wawa tulis postage,meja utk wawa ambik order.meja untuk bungkus postage.

“Inilah meja utk saya dan wawa fikir idea utk kembangkan business @wawacosmeticshq .. banyak jasanya meja ni,” dedahnya yang turut percaya anak-anak adalah antara pemberi rezeki sekeluarga.

 

Pada Rabu, Aeril dan Wawa ditemu pada majlis memperkenalkan jantina bayi dan pelancaran produk barunya, Baby Girl Limited Edition Soffya & Hayla di Glam Hall, Damansara Perdana.

Wawa yang dijangka akan bersalin anak ketiganya awal bulan depan menjelaskan, edisi tersebut dikeluarkan sebagai kesinambungan kepada edisit terdahulu, Unicorn Edition.

“Kali ini kami keluarkan dua variasi untuk pek kali ini. Jadi, kami sarankan pembeli untuk beli keduanya sekali gus kerana masing-masing mempunyai pembayang pipi dan lipstik rona berbeza.

“Selain itu, kami keluarkan ia sebanyak 60,000 unit bagi memberi ruang buat pembeli untuk dapatkan produk ini kerana edisi Unicorn terdahulu habis dalam tempoh pantas.

“Jadi kuantiti edisi ini ditambah bagi memberi ruang kepada pembeli untuk merasai sendiri item solekan keluaran Wawa Cosmetics,” jelasnya lagi

sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *