Semasa

Semua tudhan terhadap saya tidak benar dan keterluan! Dr Che Hafiz buat lapran plis terhadap Lufya

Isu rumahtangga yang membabitkan penyanyi Lufya dan suaminya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum nampaknya belum menemui jalan penyelesaian.

Selepas mengesahkan Lufya telah diceraikan melalui whatapps baru-baru ini, Dr Che Muhammad Hafiz sekali lagi bertindak membersihkan namanya dengan membuat lap0ran polis terhadap tudvhan yang dilemparkan Lufya.

Memetik laporan mStar Online, Dr Muhammad telah membuat lap0ran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada minggu lalu.

“Semua tudvhan dia terhadap saya tidak benar dan keterl4luan! Disebabkan tudvhan yang dilemparkan itu juga telah menjejaskan imej saya dan masyarakat mula memandang saya dengan negat1f.

 

 

 

“Jadi, saya bertindak membuat lap0ran polis terhadapnya demi menjaga dan membersihkan nama keluarga serta imej saya sebagai seorang doktor,” katanya.

 

Lufya sebelum ini pernah mendakwa telah menjadi m4ngsa an1aya suaminya menerusi laman Instagram.

 

Dia juga turut mendakwa bahawa Dr Che Muhammad Hafiz mula memberikan masalah serta tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami sehingga tiga bulan setengah selepas mereka mendirikan rumah tangga.sumber: lobakmerah/diarivvip

“Belajar Agama Bukan Untuk Menvnjuk-Nvnjuk” Status Dr Che Hafiz Slndir Lufya

SUAMI pelakon Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum seolah-olah menyindir isterinya yang sering ke kelas agama agar tidak hanya berniat untuk menunjuk-nunjuk.

Hafiz berkata, seseorang itu seharusnya mempelajari ilmu agama untuk menjadi lebih baik, bukannya menutup keburukan yang ada dalam diri.

“Belajar agama itu bagi tujuan berdakwah di samping mengajak rakan-rakan ke arah kebaikan.

“Bukannya untuk menunjuk-nunjuk dan menutup siapa diri kita sebenar.

“Yang penting, keikhlasan hati dan niat itu kena betul,” ujarnya.

Hafiz memuat naik status berkenaan menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Lebih menguatkan dakwaan itu apabila Lufya baru-baru ini ada memuat naik sebuah video di Instagram miliknya memaparkan dia berjumpa dengan seorang pendakwah bebas terkenal, ustaz Ebit Lew.

Selain itu, menerusi Insta story Lufya pula ada berkongsi beberapa tip berkenaan masalah rumah tangga selepas beberapa peminatnya mengajukan soalan kepada aktres berkenaan.

Terdahulu, masalah rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian netizen apabila Lufya mendedahkan sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga di laman Instagram.

Antara posting dimuat naik Hafiz.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar juga mendakwa suaminya itu telah melakukan penganiayaan terhadap dirinya.

Perkongsian itu dibuat Lufya berikutan sudah tidak mampu menahan perasaan kecewa terhadap suami yang mengabaikan haknya sebagai seorang isteri selepas tiga bulan berkahwin.

Sementara itu, Hafiz sebelum ini mendedahkan dia sudah menceraikan isterinya itu menerusi aplikasi Whatsapp atas permintaan Lufya sendiri.

Bagaimanapun, dinafikan Lufya yang mendakwa dia tidak menerima sebarang mesej lafaz cerai dari suaminya itu.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : Instagram @chehafiz007/mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *