Dunia

Ya Memang Saya Masih Berniaga Cili di Pasar Tani. Buat Apa Nak MaIu – Ayu Damit

Berasal dari Putatan Sabah, beliau pernah menempa nama apabila menjuarai pertandingan menyanyi realiti One in a Million musim kedua pada tahun 2008.

Apa yang menarik dalam pertandingan itu adalah, beliau merupakan bakat baru pada waktu itu, berjaya menewaskan dua lagi pencabar terdekatnya, yang juga merupakan artis rakaman dan penyanyi professional iaitu Shila Amzah dan Siti Sarah Raisuddin.

Bagaimanpun nama Norayu atau panggilannya Ayu Damit agak tenggelam sejak beberapa tahun lalu. Namun Ayu tampil menjelaskan beliau sebenarnya kini sedang sibuk menguruskan perniagaan berasaskan pertanian.

Malah Ayu Damit mengakui masih ke pasar tani untuk berniaga meskipun sudah kembali aktif di pentas nyanyian.

Ayu ketika ditemui Gempak berkata, dia dan suami Syed Fauzi Syed Baharuddin akan pergi ke pasar tani menjaja sendiri jualan mereka sekiranya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti seni.

” Ramai orang tanya saya tak malu jual cili di pasar? Saya cakap malu tu dah tak ada apabila kita fikirkan tentang masa depan anak-anak dan keluarga.

” Lagi pun kami mencari rezeki yang halal untuk survive selama lima tahun ini. Kami usaha dari A sampai Z.

” Melihat hasilnya sekarang, satu kepuasan buat saya,” katanya yang turut membekalkan cili kepada peniaga-peniaga kecil.

Ladang cili yang diusahakan Ayu dan suami seluas 1.4 hektar terletak di Pangsun, Batu 22, Hulu Langat, Selangor.

Sementara itu, Ayu memberitahu dia baru sahaja membeli 30 anak pokok durian Musang King untuk ditanam di atas sebidang tanah berkeluasan 2 ekar yang terletak di Perak.

” Baru-baru ini saya hadiri program FAMA dan melihat mereka jual anak pokok Musang King. Lepas kira budget saya rasa cukup untuk beli 30 anak pokok.

” Saya tak fikir panjang dan terus borong kesemuanya. Saya harap projek terbaru ini dapat berjalan dengan lancar.

” Lagi pun tanam durian tak renyah macam cili. Jadi sebulan sekali saya akan tengok pokok-pokok durian saya,” katanya teruja.

Dalam pada itu, bercakap mengenai karier seninya, penyanyi yang popular dengan lagu Di Mercu ini berkata dia sedang dalam perancangan untuk menghasilkan single terbaru.

” Alhamdulillah, sekarang dah mula slowly dalam dunia seni. Saya ada rancang untuk keluarkan single baru tapi bukan sekarang.

” Biarlah orang kata saya cerewet asalkan produk yang dihasilkan ada kualiti. Lagi pun agak sukar untuk kita ‘baca’ trend muzik sekarang.

” Terlalu cepat bertukar. Saya sendiri pun tak boleh nak catch-up dan itu membuatkan saya berfikir untuk kekalkan genre balada atau tukar genre lain,” katanya.

Ayu ditemui Gempak pada Majlis Pelancaran LeFest Mega Raya 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *